Tuesday, October 11, 2011

South Island - New Zealand (Part 9)

~ Lake Matheson - Franz Josef Glacier - Ross - Hokitika - Punakaiki ~

Cuaca pagi ni sangat baik, lepas breakfast dan check out dari Holiday Park, kitorg mulakan aktiviti hari ni dengan Lake Matheson. Jarak holiday park ni dengan Lake Matheson cuma 5KM je. So dah alang-alang dekat tu, kitorg pegi je la.

Hmm memang rajin betul kitorg ni berjalan ke dalam hutan di NZ ni, ish ish..Nak ke jetty viewpoint lebih kurang 40 minit walking (return) huhuhuh..jom kita lihat berjaya ke tak..

Dah masuk dalam track ke jetty viewpoint. Hmm langit yang biru cerah, beserta daun-daun hijau, memang ceria betul hari ni. Hari ni aku jadi photographer of the day, Cawan pulak take turn jaga Aqilah hehehe..

20 minit berjalan, aku masih tak nampak apa-apa, usahkan bayang lake, bunyi air ke apa ke, langsung takde, lepas tu aku tengok, ramai sangat yang berjalan keluar..hmmmm patutkah kitorg meneruskan perjalanan? Jam baru 8 pagi, tak kan la cepat sangat dah settle aktiviti diorgkan? Cawan jauh aku tingalkan dibelakang, kalau aku tak jumpa jugak jetty viewpoint tu, memang confirm aku patah balik, so tak payah la Cawan jalan jauh-jauh carry Aqilah.

10 minit berjalan lagi, aku dah nampak macam satu platform, tapi tak pasti yang ni ke viewpoint yang dimaksudkan dalam map kat depan tadi. Papan tanda pun takde, selalunya diorg akan letak papan tanda hijau kuning tu, ni haram satu pun takde. Aku turun ke platform dan terus ternganga, melihat view macam dalam gambar bawah ni...Sambil menjerit kat Cawan, u tak tau la betul ke tak tempat ni, u duk la kat kusi tu, tempat ni takde plak tulis viewpoint ke hape, tapi memang cun melecun ha...ni baru mirror lake hahahahah. Tengok la reflection Mt Cook tu dalam air..Subhanallah cantiknyaaaaaaaaaaaaaa... air setenang-tenangnya, memang dah macam mirror!!

Argggghhh gila la aku tengok benda ni, rasa macam takmo berkelip bijik mata..rasa cam nak pitam pun ada hahaha ok tu over! Kebetulan la pulak air dalam lake ni dark brown, so reflection tu makin ketara la..huh memang betul la yang dikatakan dalam website toursim NZ pasal lake ni..

Reflection Mt Tasman dan Mt Cook. Memang berbaloi sangat aku berjalan masuk ke dalam ni, dan berbaloi jugak la si Cawan mendukung Aqilah, sampai rasa macam nak patah pingang hahahaha

Ni kalau aku cube terbalikkan gambar ni, tak mustahil boleh nampak macam real kan!! Mengikut kata wiki, Lake Matheson ni dah terbentuk sejak 14000 tahun dahulu.

Dah berpuluh-puluh keping gambar reflection lake ni aku amik, aku ajak Cawan untuk meneruskan perjalanan ke dalam lagi, manalah tau kot-kot jetty viewpoint tu kat depan lagi ke. Ish..sumpah aku langsung tak ingat pasal map kat depan tadi, ye la tengok sekali gus jek, mana ingat lokasi jetty viewpoint tu sebenar di mana. (padahal yang kitorg benti kat platform tu la jetty viewpoint tu!!!!)..Lama jugak kami masuk ke dalam, dari perjalanan 40 minit dah jadi sejam..tapi akhirnya kami sampai ke penghujung lake, Western Wetland. Duhhh dah la tak cantik sangat macam tadi, Mt Cook/Mt Tasman semua tak nampak, kat situ penuh dengan pokok-pokok dan itik-itik je. Huh frust kejap, penat aku masuk sejauh nih.. Aku pandang Cawan dan terus ajak patah balik ke platform mula tadi. 

On the way balik, baru perasan dalam ni ada banyak sangat jenis fern leaf. Alaaa daun yang fofular di NZ tu, macam daun kebangsaan diorg la kiranya. Negara kita kan bunga raya, so diorg fern leaf la. 


On the way nak balik ke car park, kitorg berhenti sekali lagi untuk menikmati view ni, haih bukan senang nak dapat tengok macam ni selalu kan. Emm gambar ni memang aku saja amik reflection dia jek, macam real tak?

Inilah rupa jetty viewpoint tu..kecik je pun, tapi signboard tak buh plak tu..ish menyesal aku buang masa masuk lagi dalam utan tu..

Menuju ke car park..cantik jugak dari sini, sebab boleh nampak Mt Cook, tapi bau taik lembu agak ketara disini, tapi takde la kuat sangat, sekali sekala ditiup angin memang boleh rasa la.hahaha (sebab ada kandang lembu kat belah kiri gambar ni)

No doubt, memang Mirror of the Alps.. Ni kedai souvenir Lake Matheson, dapat beli magnet di sini..

~ Franz Josef Glacier ~

Dari Lake Matheson, kami sambung lagi journey hari ni menuju ke Franz Josef Glacier, distancenya cuma lebih kurang 30 minit je dari Fox township tadi. Perjalanan menuju ke Franz Josef glacier mengingatkan aku pada hutan-hutan masa nak balik kampung aku hahaha, sebab pokoknya nampak macam lebih kurang je, berbeza dengan pokok-pokok yang ada di Fiordland/Mt Aspiring National Park hari tu. 



Emm yang mana satu yek nak pilih ni? Aku buat keputusan memilih Sentinel Rock Wall, sebab yang tu paling dekat sekali, tapi dia dah warned siap-siap, cakap track ni climbs STEADILY untuk view glacier yang mengancam. Aku? Huhh confident tahap maxima. Cawan entah kenapa, asyik nak tidur jek, penat bebenor la tu, kebetulan pulak Aqilah pun tidur, so dia ambik kesempatan la, cakap nak jaga Aqilah, aku disuruhnya pegi ambik gambar sengsorang.

Hadoi, disebabkan confident aku ditahap maxima tadi, jadi aku pun mulakan perjalanan solo aku ke atas sana nun. Haaa amik ko, baru half way dah termengah-mengah. Siap berpeluh lagi tu, sampai aku bukak jacket! Tak boleh blah, macam lari marathon pun ada..pergh..memang CLIMBS STEADILY betul yang nih.. cissss..

Bila dah sampai lookout tu, puas rasa hati ni, kali ni dapat tengok dengan jelas, walaupun jarak agak jauh, tapi takde la sejauh macam dekat Fox Glacier tu. Franz Josef ni lagi besar dari Fox Glacier tu, dan lagi famous. Kalau sapa yang ada masa banyak tu, boleh la cuba buat glacier walk ke atau glacier hiking ke. Dan kitorg bernasib baik jugak, sebab hari ni tak hujan, selalunya belah-belah West Coast ni memang kerap sangat hujan.

Kalau rajin lagi nak jalan, boleh la sampai ke bawah sana, tapi kena ambik track yang satu lagi tu. Aku naik track yang ni sebab nak amik gambar scenerynya je.

Glacier yang sudah mula terhakis..

Franz Josef Glacier pada tahun 1950 (dalam gambar), dan pada tahun 2011 (yang kat belakang tu). Banyak kan bezanya? Diorg predict dalam masa beberapa tahun lagi, lookout view ni mungkin dah tak dapat digunakan untuk tengok glacier, so kena la jalan ke dalam lagi.. ha salah sapa la tu kan??


~ Ross ~
Perjalanan kitorg diteruskan lagi hingga sampai ke Harihari (nama tempat tau) tapi tak berhenti pun, pekan kecik je, sambung lagi perjalanan sehingga ke Ross, pekannya kecik jugak. Stop kat sini sebab nak pegi toilet dan makan tengahari. Hehehe, tapi makan roti jek, sebab kat pekan Ross ni macam tak de apa-apa sangat, so kitorg makan je la apa yang ada dalam kereta tu. Yang aku notice pasal pekan-pekan kecil dekat belah West Coast ni, mostly banyak wujud kerana gold mining, termasuk la Ross. 

Huihhhh jauhnya lagi nak sampai ke Greymouth..apatah lagi Punakaiki tu..... pengsan...

Rupa-rupanya, tanpa aku sedari (ke ignorance hehehe) tempat kitorg berhenti dekat ni Ross ni ialah Ross Goldfields Heritage Area. Walaupun tempatnya cinonet kecik, tapi boleh tahan menarik la, sebab ada benda nak buat, antaranya gold panning tu. Bangunan I-site Ross ni pun classic habis, semua buat dari papan, yang ada mural kat dinding bangunan tu, yang tu bank sebenarnya, Bank Of New South Wales, macam main-main je kan? tapi betui daaa..aku tak tipu..


Emmm jemput makan..hehehe

Tak tau la plat kereta sapa banyak-banyak ni, ataupun lebih tepat, dari mana la owner rumah ni dapat plat cenggini kan? tak kan la curik plat kereta orang kot? ke dia tempah untuk buat koleksi peribadi? hehehe

Kreatif betul orang-orang dekat Ross ni. Tak payah langsir-langsir dah! Ni kalau pencuri nak masuk pun, pikir 2-3 kali, kan ada red indian chief dan koboi pegang pistol tepi tingkap tu hahahah..


~ Hokitika ~

Dari Ross nak ke Hokitika lebih kurang 20 minit je, dekat sangat. Kitorg masuk town Hokitika kejap, saja nak tengok apa yang ada. Terjumpa plak Hokitika Clock Tower ni, amik gambar dari dalam kereta jek, kang kalau turun, confirm tak sampai Punakaiki nih..


Dan terjumpa satu lagi bangunan yang ceria kat Hokitika ni, cuba korang teka apa benda sebenarnya bangunan ni? Hmm tak pe la, biar aku je cakap terus terang, bangunan ni panggung wayang. Tapi cerita yang ditayangkan agak ketinggalan zaman. Aku sendiri tak pasti ni panggung wayang untuk commercial ke atau pun saja-saja buat display kat town, untuk kasi meriah. Tapi kalau betul, macam best je, lain dari yang lain hehehe

Sebaik je tiba di Greymouth 1 jam kemudian, kitorg terus bergerak menuju ke Punakaiki. Sebenarnya dari Hokitika nak ke Greymouth dekat je, tapi aku gatal paksa Cawan ikut Blue Spur tourist drive tu, padahal takde apa pun sana, ish memang buang karan. So perjalanan 30 minit, jadi 1jam..memang tak berbaloi! Sebab dalam tu macam tempat gold-gold nih, pastu ada rumah orang, kandang kambing/lembu semua la ada..

~ Punakaiki ~

Dah tak sabar dah nak tengok ke Punakaiki, tapi perjalanan dari Greymouth ke Punakaiki ni agak seram sikit. Bukan seram sebab apa, satunya, sebab jalan raya menuju ke Punakaiki ni, dekat sangat dengan laut. Cuba imagine tetiba ada ombak besar datang, aku tak tau la jadi cam mana nanti kan, sebab belah kanan, cuma ada gunung-gunung. (aku memang suka pikir yang bukan-bukan)

Dah la laut dekat sangat dengan jalan raya, lepas tu, cuaca nak kata mendung pun tidak, nak kata cerah pun lagi la tidak, tapi macam berkabus je. Hmm agak logic la ada kabus kat belah-belah gunung tu, tapi kalau dekat belah laut, ada kabus jugak ke? ataupun tu percikan air laut? Memang tak dinafikan, ombak lautnya agak ganas belah ni. Matahari memang ada time ni, kat tengah laut langit biru jek, dan waktu tu baru pukul 4 petang. 

Aku musykil betul tengok keadaan macam ni..

Banyak pulak tu penguin mati kena lenyek atas jalan..dah la kecik, jalan terkedek-kedek, agaknya tak sempat lintas, dah kena langgar..sedih betul..

Ha dekat tak dengan laut jalan ni? Aku penah lalu Great Ocean Road kat Australia dulu, tapi takde la sedekat ni huhuhu.. Tempat ni mengingatkan aku pada citer Jurassic Park yang nombor 2 tu. Tak tau la relevan ke tak pada korang..tapi aku nya feeling memang cam tu la time lalu sini..

Gambar ni diambil dari dalam kereta, tapi yang ni ok sikit, sebab jalan tu lagi tinggi dari paras laut hehehe..Aku plak asyik tengok jam je, bila tah nak sampai, cuak jugak la rasanya, kata dalam 50 minit leh sampai, tapi ni macam tak sampai-sampai!! 



Dah penat tengok jam, akhirnya sampai jugak ke destinasi. Tengok cuaca sekarang, cerah pulak! Welcome to Punakaiki Pancake Rocks & Blowholes..hehehe (abaikan muka dua orang yang tak semengah ni)..

Pancake Rocks & Blowholes ni, salah satu must-see kalau datang ke West Coast. Sebab viewnya, sangat spectacular! Nak tengok benda ni tak perlu bayar satu sen pun, semuanya percuma ok! 

Track yang disediakan untuk public, orang pakai wheelchair pun boleh pegi sini. Jarak dari entrance tadi nak sampai ke viewpoint lebih kurang 10-15 minit, tertakluk pada kelajuan berjalan masing-masing.

Ombak kat sini memang ganas, bunyi berdentum dentam, memang takut la dengar bunyi nya. Belum kira lagi dengan angin kencangnya..

Pancake Rocks ni, ialah limestone formation yang wujud sejak 30 juta tahun dulu. Dan aktiviti ni masih lagi berterusan selagi ada air laut dan ombak ni. Dan ombak kat sini memang jenis dewa punya ganas. So bayangkan setiap hari ni macam ni, sejak berjuta tahun dahulu..patutlah hasilnya marbeles! 

Ni la blowholes yang berjaya kitorg amik. Yang ni agak susah sikit nak capture. Sebabnya, ombak dia datang tak tentu, kadang-kadang sopan santun je datang, so takde la jadi blow tu, tapi kena tunggu la. Kalau datang yang ganas punya, dapat la tengok air tersembur macam ni. Tapi memang memerlukan kesabaran yang tinggi la, sebab kita tak nampak kat bawah tu..tau-tau je dah tersembur! hahaha, kadang-kadang datang ombak bunyi cam ganas dum dam dum dam hempas batu-batu tu, tapi hasilnya takde pun..so agak-agak la korang nak standby cam mana kan hehehe..

Korang nampak tak apa yang cuba disampaikan oleh gambar dalam tu? Hehehe

Macam pancake yang baru masak kat dapur, pastu ditingkat-tingkatkan hehehe..

Ha tamat sudah kisah untuk hari ni, kitorg balik semula ke Greymouth, paling sakit hati sekali, souvenir shop kat sini dah tutup time kitorg keluar! cis..so takde la apa-apa souvenir dari Punakaiki.. Balik ke Greymouth misi mencari tempat tidor untuk malam ni, sebab aku memang tak cari masa kat KL ari tu, saja nak gamble sesuka hati. Alhamdullilah, sampai je ke Greymouth, tengok ada banyak vacancy, dan kitorg terus check in di Breeze Motel, dapat bilik studio, ensuite (bilik air/kitchen) harga NZ 80 satu malam. Dah angkut beg segala, pegi singgah Countdown, Cawan suh cari ikan bawal/selar untuk di goreng! Confirm la takde..ingat ni KL apa! Sebagai alternative, aku beli salmon. Malam ni menu salmon goreng halia hehehehe (kat Malaysia tak penah berhajat nak beli salmon kah kah kah)


26 comments:

kemang~ said...

lawa gila reflection tu ! subhanallah

Biqque said...

lake matheson tu BABI cantik! bleh tapau mirror lake original 5 tiang lampu ok!

dpt gak u tgk fern leaf...patut suh u kipau bawak blk, i nak letak dlm frame!

i nak pegang glacier tu laaaaaaaaaaaaaaa :(

KO TETIBA LETAK GAMBAR JEMPUT MAKAN APSAL???!!! LAWAK OK! HAHAHAHA!

sana mesti takde keta potong...sbb tu owner tu bleh dpt no. plate :D

laut yg misty2 tu macam kat jogja, mmg wujud...sungguh menakutkan macam cite bunuh2 orang...mcm ada dewa laut pun ye gak!

blowholes tu AWESOME! pandai u amik gambo!

IKAN BAWAL/SELAR GORENG? HOTAK KORANG! HAHAHAHA! AKU BLEH JATUH KUSI LA BACA POST NI! HAHAHAHA!

Unknown said...

Kemang: Aku pun hampir gile tengok reflection tu..memang cun..

Biq: Hahahah memang boleh tapau 5 tiang lampu!! kah kah kah..
- Nak pegang glacier? nanti kite beli tiket lagi, leh buat hiking skali kat glacier..
- Hahah gambar makan tu sb xde idea dah nk tulis apa..
- Laut misty tu memang takut serammm..
- Blowholes tu ish ish..sakit dada den mengingatkannye balik..punya la payah nk tunggu air tu tersembur cam tu..
- Ikan bawal/selar tu memang request terencat sikit hahaha

3plepl8 said...

fuiyooo....tak payah beli cermin muka siot...pg tepi tasik mathasan je bleh blow rambut.

fern....nice color. kamera apa ko pakai?

time blowholes tu sembur ada bunyi hissing tak? jenuh jgk cari pancake kt mane, rupanya dh susun tindan2 rupanya hmmm...

aku rs no plet tu dia tempah kt kedai ah kong sbb byk yg repetitive pattern nye. siap plet california ngan ohio siap. or maybe dia pencuri keta kt US pastu lari dok kt Ross ni. Wanted mamat ni.

Biqque said...

sbb yang berkata2 itu kaki blow rambut! :D kelas ko maria :D

just.HY said...

perghhhhh!!! aku pun nk guna ayat BABI cantikkk gmbr lake matheson tuh!!! angin takde mmg cun tahap gaban!!!

aaaaaaaa....aku meroyan kat sini!!! cantikkkk giler subhanaallahh...bertuah korang pegi time ni sggt2 cantikk!!! taktau nk tulis ape dah.

Unknown said...

3plepl8: hahahah kene sebijik kat org tu..memang kelas blow rambut kat lake matheson kih kih kih..
- fern tu pakai d90
- bunyi hissing tu ada, tp tak kuat sgt, sb kecik sgt semburnye.
- hahaha aku tak pasan pasal plat no cali ngn ohio. Pencuri keta memang terbaik hahahahah

Biqque: maria mariana!

bdk2@John: Ayat baru, babi cantik gambar tu hahaha.
- Jom meroyan ramai2 hahaha... ko jgn la sampai tak tau tulis apa plak,kat blog aku ni bahasa tamil pun diterima pakai, janji ko tulis jek hahaha

just.HY said...

bunyi hissing tu ape? ular ke?

Unknown said...

bdk2@ John: Bunyi hissing tu bukan bunyi ular daa, tapi bunyi air yg tersembur, susah aku nk xplain nih. Cer ko try sembur air gune alat penyembur kete tu kot..lebih kurang cam tu la, tp kat blowholes tu bunyi dia kureng sikit, sebab kecik je air semburan tu

Ako Retna said...

wow!! suka tgk yg blowholes tu.. memula dok pk apa mende la yg nak kena blow ni.. bila tgk gmbr baru paham.. cantek siot!! psstt mmg percik kaler biru cam cahaya ek? ke flash dari kamera kowang ye?

yg part ombak tepi jalan tu mmg seriau jgk laa..
aritu masa kat korea, bila lalu sebelah laut yg ombak besar camtu pun dahs eriau apatah lagi klu betul2 ombak nya tepi jalan je..

Unknown said...

Ako: blowholes tu sebenarya air yang terpercik tu wane putih, tp dlm gambar tak tau napa warna macam tu, tapi yang pastinye tak pakai flash.

Ako Retna said...

tapi siyes nmpk cantek.. mcm kaler florencen (erkk betul x eja ek?) heeh

kuntum said...

santekkkk nk mamposssss

bdk2@John said...

Chawanna, nnt nk ko punye itenerary boleh tak? jgn buang lagi tau...simpan elok2. nnt aku mintak k...

Unknown said...

Kuntum: Jgn la sampai mampus :p

Bdk2@John: Boleh, ko dh beli tiket NZ lagi ke weh?? :))

Cawan said...

kalo dpt prmandangan mcmni, msuk kuar utan pun takpe.. haa haa.. tp kalo blh pkai insert repellent awal2, kang langau tu ikut korang.. mcm kes kat blue pool smlm.. ish ishhh..

oh kes driver ngantuk, dh abis mcm2 care dh buat.. tepuk tampar pipi laa, mkn chew gum, gula2, cekedis, semuaaaa dh xbleh jgak.. last2 day punye driving mmng memenatkan.. tak le mcm org blkng tido selesa! *nasib xbawak caravan/lori gk, mau lagi penat bdan ni!

jln ke Punakaiki ni mmng bnyk sgt mayat penguin tgh jln, kesian.. xdpt plak aku langgar sekor!

biq, tu kalo bab "blow" tu lajuuuu jek blas..

sekilas ikan di air, akan ku tahu jantan betina.. ikan trout tu bukan ikan parang/kembung ke? cish cishhh..

bdk2@John said...

owhhh...belom lagi. tp dalam perancangan pegi lagi. mybe tak jadik pegi japan next year sbb musim panas. tak sanggup aku...nk berpeluh2 kat sana. better aku pegi NZ. hahaha

tp pape pun tggu tix murah dlu.

Anonymous said...

salam kenal....dh lma ikut blog nii,bru hri tggl komen ,nice blog&pic
air liur dh habis dh telan. tgk cita NZ dlm blog nii,tggu msa nk telan ank tekak plak niii...


penjejak awan

Unknown said...

bdk2@John: Okeh, dah dpt tiket murah, roger la yek..leh aku tumpang excited skali hehe..

Penjejak awan: Salam kenal juge, terima kasih sudi baca blog ni. Ada 2 entry lagi pasal NZ, masih dalam progress lagi, insya Allah esok post lagi hehehe..

Ely Hasrul said...

komen aku hilang nmpak sgt ikut janji aku xmo komen sbb taksub dgn gambo2 hahaha..

aku tgk glacier tu tingat cite twilight-eclipse eceh

Daddy said...

Beautiful pictures...Looking forward to plan my trip there.....:)

chazalle said...

best best best...

rasa mcm tgk gambar dlm national geo...

hehehe...

Unknown said...

Daddy: Thanks! :)

Chazalle: Hahaha tak sampai taraf Nat Geo lagi nih..

Anonymous said...

best sgt tgk ur pix here...i'm leaving for NZ tomorrow! so ini last minute checking out ur blog....cant wait to be there! :)))

wawa

Unknown said...

Wawa: Enjoy your trip!!! Dan selamat berjalannnnnnn :) semoga semua selamat juga hendaknyaaa

Intan Asmira said...

Assalamualaikum,

Akak, kalau baca ni boleh ke akan send kat saya itinerary kat new zealand. kalau boleah la.


intanasmira@yahoo.com