Monday, October 10, 2011

South Island - New Zealand (Part 8)

~ Queenstown - Wanaka - Makarora - Haast - Fox Glacier ~

Hari ni last day di Queenstown. Agenda hari ni agak panjang, tapi sebelum tu, ambil gambar hostel dulu, sebab antara banyak-banyak hostel, yang ni paling cantik dan colorful sekali. Bumbles Backpackers ni, lokasinya dekat dengan Queenstown city center, dan betul-betul depan Lake Wakatipu. So sambil-sambil, surf internet atau tengok tv di lounge tu, boleh la tengok Remarkables dan Lake Wakatipu. 


Lepas breakfast di hostel, kami bergerak menuju ke Wanaka melalui Crown Range Road. Jalan ni merupakan salah satu alternative untuk menuju ke Wanaka, satu lagi jalan yang biasa orang lalu, adalah melalui Cromwell. Apa tujuan kitorg lalu ikut jalan ni? Emm takda apa, saja-saja nak cuba lain dari orang lain, jalannya agak mencabar sikit, sebab kena daki bukit/gunung, jalannya jenis zig zag, kalau betul-betul dah masuk spring, banyak lupins di kiri kanan jalan, memang cun habis la, tapi time kitorg lalu, lupins takde lagi. View dari atas ni agak menarik jugak la, sebab kalau cuaca cun memang boleh nampak Queenstown dari atas tu. Tapi sayang, jalan ni takde tempat berhenti, kitorg lastnya amik video je dari dalam kereta. Gambar tu ada la amik, tapi kureng memberangsangkan hahaha..


Akhirnya, setelah berpusing pening ikut jalan zig zag Crown Range tu, tiba juga kitorg di Cadrona. Tak lama pun kat sini, ambik gambar lepas tu terus sambung perjalanan ke Wanaka.


Comelkan post office ni.. ala-ala macam zaman koboi..


Cadrona Hotel yang femes tuh.. Oldest hotel di NZ tau..

Cadrona church..semua comel-comel jek..

~ Wanaka ~
Jarak Cardrona ke Wanaka lebih kurang 25 KM je, sebaik tiba di Wanaka, terus stop di Lake Wanaka, betul-betul dekat sangat dengan town Wanaka. Lepas tu terus pegi kedai souvenir yang ada di situ, beli magnet dan poskad je hehe.
Sempat bersantai-santai di Lake Wanaka kejap..dan aku minat sangat tengok pokok ni..korang tau tak ni pokok apa?

Salah satu view dari Lake Wanaka.

Taman permainan kat sebelah I-Site Wanaka..masa ni Cawan dalam kereta sedang berehat, sambil jaga Aqilah, so aku sorang je la turun amik gambar. 



Singgah jap di Puzzling World..tapi bergambar dari luar jek..masa tak cukup dah nak masuk dalam ni..

Sapa yang ada banyak masa, boleh la luangkan time korang di sini yek..

~ Lake Hawea ~ 
Lake ni dah wujud dari zaman Ice Age lagi. Lake ni memang berdekatan sangat dengan Lake Wanaka tadi. Sebenarnya kitorg takde intention pun nak berhenti ambik gambar kat sini, tapi disebabkan rupa lake ni terlalu la cun, so nak tak nak, paksa gak diri Cawan, untuk stop kejap, untuk cuci mata..hehehe


Jalan nak masuk ke lookout lake ni, adalah melalui rumah-rumah orang, sampaikan kitorg pun hampir-hampir lost dalam kawasan perumahan tu, sebab ingatkan signboard tu salah, rupa-rupanya memang betul.

Haaa macam laut kan warna airnya, air dari lake ni datang dari glacier. Panjang jugak lake ni, kalau dari arah Wanaka, Lake Hawea ni berada di sebelah kanan korang, dan jangan terkejut pulak tetiba nanti nampak satu lagi lake di sebelah kiri, yang belah kiri tu Lake Wanaka, kalau tak caya tengok google map. Mula-mula aku pun tak tau lake apa, sekali ada signboard cakap Lake Wanaka, panjang sungguh dia yek..hehehe

~ Blue Pools ~

Perjalanan kami diteruskan lagi sehingga Makarora, Cawan dah mula rasa mengantuk, mungkin sebab dah penat sangat, maklum la drive sorang-sorang sepanjang di NZ ni. Sebabkan kesian sangat, aku pun offer la diri untuk ganti dia bawak kereta. Mula-mula dia jual mahal, tapi lepas tu dia mengalah jugak, sebab tak tahan dah. Jadi penyudahnya aku bawak la keta tu. Tak penah lagi selama bertahun-tahun bawak kereta jenis MPV, jadi rasa lain sikit la. Takde jiwa tau..memang tak ranggi macam Civic EJ aku hahaha, cancel terus MPV, kita maintain je la Civic kita tu yek en.Cawan..

Drive dan drive lagi...wah rasa lama pulak..sekali tengok, eh dah sampai tempat yang aku nak tuju.. Aku parked keta dekat parking yang disediakan, matikan engine. Tiba-tiba Cawan terbangun dan tanya, eh kejapnya, dah sampai ke glacier? Belum lagi la, I nak singgah blue pools ni dulu aku tersengih menjawab. Cawan tengok jam..tak aci, i baru nak tidur, u bawak keta baru 10 minit pun tak sampai dah benti.. Aku suh dia tidur dalam keta, biar aku je masuk hutan pegi tengok dan ambil gambar blue pools, tapi Cawan nak ikut jugak..so bukan la salah aku kan..hehehe

Jadi kami anak beranak 3 orang masuk hutan lagi, untuk kali yang ke 2 atau ke 3, semata-mata nak tengok blue pools tu. Nasib baik kali ni timing cantik, baru jam 2 petang..hehehe..Kali ni Cawan dukung Aqilah, aku pulak bawak segala camera yang ada.

Blue Pools track ni ambil masa lebih kurang 30 minit (return) berjalan. So takde la jauh mana kan? Emm kalau kat Malaysia, mesti aku kata jauh! hehehehe, sedar-sedar je dah sampai. Dan nampak air yang biruuuu... Aku memang dah excited time ni, terus turun dari bridge, dengan confident je, beberapa keping gambar aku snap time nih, adalah dekat 10 minit aku kat bawah ni sorang-sorang, Cawan cuma tengok dari atas bridge dengan Aqilah, sambil buat muka malas nak layan..lepas tu dia jerit..."dah la tu..kita tak sampai lagi..blue pools tu kat depan sana lagi..." Ler..aku ingat dah sampai, ni pun biru gak.. 


Naik balik atas bridge, sekali tengok signboard kata ada 2 minutes walking lagi..huhhh nasib baik..kalau tak, mau ada yang kena maki dengan Cawan nih..hehehe

Haaa tu dia blue pools yang aku nak pegi sangat tu..cantik tak kawan-kawan??

Tak boleh tahan tengok birunya. Memang macam nak terjun, nasib baik sejuk..kalau tak, sessi terjun menerjun bersama seisi keluarga nih.hahahaha

Ni salah satu must visit on the way ke West Coast. Blue Pools tracks ni terletak betul-betul lepas sikit dari Makarora, before Haast Pass.


Puas ati dapat tengok blue pools hehehe..jom kita sambung perjalanan ke Fox Glacier pulak..

Disebabkan tidur Cawan terganggu, dan mengantuk dia pun dah hilang sebab dah tengok blue pools tu, so dia take over balik driver seat tu, aku pun macam biasa, balik ke tempat asal bersama cinonet Aqilah tu. Haih, tengok map, jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhnya nak sampai ke Fox glacier nih..waduuhhhh pengsan.. ceh macam aku yang drive kan..
Tak sampai sejam berjalan, aku mintak berhenti lagi, untuk toilet break. Emm nasib baik ada jumpa camping site, tapi kat area ni banyak gila sand flies tu. Pantang je bukak tingkap atau pintu, diorg mesti ikut sama. Ada la jugak cuba halau sandflies tu, tapi tak berjaya, so kitorg pun jalan je la, dalam keta penuh dengan sandflies, diorg ni halus je, tapi gigitan diorg gatal. Aku kat belakang dah tergaru-garu dah. Tingkap semua dah bukak, tapi diorg masih tak mo keluar..heee tension tau! Tak boleh jadi ni, memang aku tak tahan dah, aku suh Cawan bentikan kereta dan suruh dia halau semua menatang tu keluar!! Haih..nasib la berjaya jugak menghalau diorg, habis aku dengan Aqilah pun kena kibas-kibas dengan Cawan..adeyyy

Ha berhenti lagi..aku dah lost track time ni, sebab dalam map takde tempat nih..emm belasah je la...


Sebaik tiba di Haast, kitorg berhenti sekali lagi, sebab Cawan cakap dia nak tidur kejap. Hmm so ramai-ramai la tidor dalam keta selama 20 minit macam tu. Bila tenaga dah recharged, sambung balik perjalanan. Haast ke Fox Glacier ambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Emm dekat dah....

Route kali ni agak berlainan dari yang sebelum ni, kitorg dah mula nampak laut di sebelah kiri, dan belah kanan pula ada pokok-pokok, tapi pokoknya pelik sikit, sebab aku tak pernah tengok pokok macam ni di kawasan laut. Kat Malaysia, kalau dekat dengan laut, banyak pokok bakau dan pokok kelapa jek hehehe..

Ha pokok senget ni pun banyak di belah West Coast ni, hari tu dari Oamaru ke Dunedin pun ada jumpa pokok senget macam ni, tapi yang belah West Coast lagiiiiiiiiiiiiiii banyak. Pasai apa tah jadi senget macam tu, ada rupa kena tiup angin pun ada nih.. Memang pelik.. 

~ Fox Glacier ~ 
Dalam sedar tak sedar, tau-tau je dah sampai Fox Glacier. Fuhh lega, tamat sudah perjalanan kitorg untuk hari ni. Tanpa buang masa terus ajak Cawan pegi tengok Fox Glacier, sebab dah alang-alang nampak signboard untuk ke lookout tengok glacier tu. 


Jalan masuk ke dalam ni tak bertar, dan agak gelap sikit, padahal masa ni baru jam 5 petang. Dekat parking, cuma ada sebijik kereta lagi, diorg tengah sibuk amik gambar glacier tu.

Ha tu la dia Fox Glacier, tempat view glacier ni agak jauh, kalau tengok dengan mata sendiri, tak dapat tengok macam dalam gambar ni, yang dlm ni pun dah abis zoom dah, aku duk tengok dari dalam keta je, Cawan yang keluar dari kereta untuk ambik gambar. Hhmm tak pe la, esok kite sambung tengok glacier yek, hari ni dah penat dah..nak sambung shopping untuk dinner pulak.

Kitorg check in di Fox Glacier Holiday Park yang terletak tak jauh dari township Fox ni, adalah dalam 2KM je. Town Fox ni, lagi kecik dari Te Anau, kedai 2 baris je, di kiri kanan jalan. Kitorg pegi shopping dekat satu kedai ni, kononnya nak cari ikan, sebab dekat Queenstown makan salmon, so hari ni berangan nak makan salmon lagi la, tapi sayang, diorg tak de jual salmon plak kat sini, semua ayam daging je. Last-last kitorg beli fish fillet je hehehe..

Ni la rupa bilik studio kami, harga NZD 78/night. Bathroom, kitchen, LCD tv, semua complete la dalam ni. Katil pun siap ada heater sendiri. Syok betul tidor sejuk-sejuk malam tu hehehe.. Aku plak time-time travel ni rajin pulak memasaknya, cakap je apa, sanggup aku buat, punya la semangat hehehe..

Kalau sesiapa berhajat nak tidor di Fox glacier, memang aku recommend sangat tempat ni, sebab reception dia pun dah macam i-site gitu, penuh segala info, siap kasi susu free lagi. Dalam holiday park ni pun segala kemudahan lain pun ada, bagi yang pakai tudung tu, korang tak yah susah-susah bawah iron sendiri, memang ada disediakan di laundry room diorg, bukan kat Fox Glacier holiday park ni je, tapi hampir disemua holiday park yang aku dah pergi..bagus kan?? Malam ni aku dan Cawan tidur lewat sikit, sebab tengok tv, maklum la dah lama tak tengok tv hahaha..


18 comments:

3plepl8 said...

wahhh....glacier...wow
byknye beras...kitorg beli telur je 2 bucket hehe...klasikla cardrona tu...cun

kemang~ said...

comel gila blue pool tu !!

Ako Retna said...

aha la blue pool tu cantek laa!!!
tergoda plak nak jejak situ hehehe...

glacier tu pun cantek tp bak kata erkk klu x zoom takkan nmpk besar camtu ek? alaahaiii...

Ako Retna said...

dok belek2 gak accomodation kt sana kt website.. ada gak tgk site holiday park ni... mostly sumer tempat ada holiday park ye?

akan dipk kan lagi ;)

Biqque said...

hoi biru gile air tu! mmg memanggil2 utk terjun kan?! bestnyer la if dpt kuak lentang renang berirama kat situ!

huh jauh gile glacier tu sampai kena zoom! apa2 pun, gambar u SUME cantik! i dok bergaduh ngan sharul ni apsal lens camera u lagi best hahaha!

apsal i tak pasan pun ada sungai kecik kat i-site wanaka tu! cis!

u tau, i balik mesia, dok terkapai2 cari gear kat tengkung stereng! hahaha! for me, i suka premacy tu compared to myvi i tu, tapi minyakkkkkkkk ceh mentekedarah!

Ren said...

waduhhhhh canteknya negara orang kan....

Unknown said...

3plepl8: Wow jugak hehehe..beras yg pink tu dah abis, so beli lagi sebungkus. Kat sini beli beras 5kg sebulan baru abis. Kat sana beli 1kg, 4hari licin huhuhu..

Kemang: Comel? hahahah..statement ko lagi comel..hehe

Ako: Ha buat plan la tgk route mana yang kena nk lalu sana. Glacier tu kalau nk tgk dekat lagi, pegi la amik yg glacier walk tu, bukan saja dekat, malah ko boleh terlentang, terbaring, jilat2 glacier tu skali hehehe.
Holiday park ni kat semua tempat ada, cuma ada yg sesentengah tu tak de kat web.

Biq: Tahan diri je tu dari terjun, sebab pikirkan sejuk, kalau cuaca ok, memang teringin gak hahaha, lgpn dah lama tak mandi manda nih..
Lens camera kitorg pakai yg standard jek, cuma tambah CPL filter jek ehehehe..korang pn pakai jugak yg tu kan..
Hahaha kena beli premacy la pulak, i tetap civic dihatiku. Myk corolla ari tu pun cekik darah, sampai kitorg pun nyaris tercekik time isi myk tu hehehe..

Janggel: Ha a..alangkah bestnya kalau negara kite secantik tu jugak kan? kan?

hana said...

lake tu mmg biru tu ke air dia? subhanallah.. cantek sgt. tgk gamba2 u trus rasa nk beli tix skrang jgk. =P

Unknown said...

Hana: Lake tu memang biru cam tu. Tiada sebarang editing pada color gambar2 i nih hahahaha.. pegi la beli tiket huhuhu

niL said...

Subhanallah..
lawanya..
lawanya...
lawanyaa..
lawanyaa...
lawanyaa...!!!


itu je aku mampu cakap na!

niL said...

nak komen lagi...

naa..
-ko sentuh x sikit air lake biru tu?
-ada hidupan x?
-mmg kaler dia biru gitu ke? camne leh jadi gitu (soklan bodoh)

-bestnya jadi anak chawanna......tetiba

Unknown said...

Nily: Aku ada sentuh air biru tu, terus aku bertukar jadi raksasa lepas tu hahahaha.. Kaler dia memang sejak azali gitu, sebab air tu datang dari glacier yg ada kat sana.

Hahaha..meh la jadi anak aku, boleh tlg basuh pingan.. (aqilah org gaji kitorg jugak, tapi dia specialize dalam bab2 kemas kain baju hahaha)

kuntum said...

nak tnye
kalo tak amik gps ok tak
agak2 susah sgt ke nk crk tpt2 tu

Unknown said...

Kuntum: Tak perlu amik GPS. Kitorg ari tu tak sewa pun, bawak sendiri punya, tapi tak gune sgt pun. Cuma kat Christchurch je gune, dan masa nak cari hostel pun gune tu. Selain dari tu tak perlu sgt.

kuntum said...

chawana
mcm mana ko download map NZ tu..ko pakai gps brand apa? aku dah try tnye kedai nk donlod map nz sume kata takde..yg ada asian map je

tolong...trip aku nxt wk

Unknown said...

Kuntum: Aku dah tanya kat Cawan pasal GPS tu, dia kata dia dpt dari forum. Ktorg pakai Garmin tu la, tp map tu jenis illegal, memang kene crack itu ini. Ko pakai Garmin gak ke? meh sini email address ko, nanti aku send file tu kat ko.

Laneyjunita said...

Salam sist...rasa nk pengsan je tgk post sist yg ni. I mean sume2 post pasal NZ mmg amazing. Super awesome dgn gamba2nye...Unfortunate for many other travelers yg belum jejak kaki ke NZ sbb AA dah tutup route KL-Christchurch. Nice post!!

Unknown said...

Elanie: Ha a, route ke CHC dh tutup, tp boleh pegi ngn airlines lain juga, if rajin sket dan nk jimat, turun kt OZ (sydney/melbourne) pastu amik virgin/jetstar ke CHC or AUC hehehe