Friday, March 4, 2011

Day 3: Agra - Taj Mahal and Fatehpur Sikri

Mrs. C: Kalau Shah Jahan bina Taj Mahal untuk tanda cinta agung kat Mumtaz Mahal, you nak bina apa untuk I sebagai tanda cinta?? (tersengih menanti jawapan dari Mr. C, sambil tempek-tempek bedak kat muka.)
Mr. C: Emm..tak payah la nak bina apa-apa, Shah Jehan tu bina kubur untuk bini dia..U dapat I ni pun dah cukup bagus... U nak I bina kubur untuk u ke?? Ha jawab..jawab.. (tersenyum sinis puas ati dapat mengenakan Mrs. C dipagi hari!!)

Tetttt (bunyi buzzer Pop Kuiz).. Lamunan terhenti selepas dengar jawapan Mr. C. Usah ditanya lain kali soklan-soklan begitu, sesungguhnya, kau sudah tau jawapan yang bakal keluar dari mulutnya nanti. Uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....

The Majestic Taj Mahal
Dalam kedinginan pagi itu, kami berempat cuba kawtim dengan driver tuk tuk yang sememangnya bersepah di depan hotel kami, untuk membawa kami ke Taj Mahal. 50 rupees upah untuk ke Taj Mahal dari hotel kami, kalau dah convert in RM, bersamaan RM3.50 je!! (Boleh murah lagi sebenarnya, tapi malas nak kawtim panjang-panjang, dia pun nak cari makan jugak kan!!)
Gerbang pintu masuk Taj Mahal..

Taj Mahal, merupakan salah satu monumen yang paling dikenali di kalangan penduduk di dunia ni. Seperti Agra Fort, Taj Mahal juga merupakan salah satu UNESCO World Heritage Site semenjak tahun 1983, dan merupakan salah satu wonders of the world!!
Taj yang kelihatan samar-samar kerana kabus pagi.. Chawanna sekeluarga tidak ketinggalan bergambar sama, tidak dilupakan seorang lagi gang, Biqque minachi tersesat yang posing sampai kitaorg tengok pun nak kepala pusing juga..

Kalau nak tau, sebenarnya Taj Mahal ni, bukanlah istana seperti anggapan sesetengah orang, sebaliknya, ia adalah makam. Makam yang dibina oleh Shah Jehan untuk isteri tercintanya Mumtaz Mahal. Dalam National Geography, ada memberitahu, Mumtaz Mahal pernah meminta Shah Jehan, membina sesuatu sebagai tanda cinta abadi mereka yang akan diingati sampai bila-bila oleh sesiapa saja. Jadi selepas Mumtaz Mahal meninggal dunia, setahun kemudian Shah Jehan pun teruslah bina Taj Mahal tu. Habis tenaga, wang dan segala sumber dikerah demi menjayakan project meganya itu. Architecture-nya adalah berinspirasikan Mughal dan Persian design dan menggunakan white marble, dan batu-batu yang diimport khas dari merata dunia (Kelas beb taste Shah Jahan ni!). Batu-batu ni kemudiannya akan di'inlay'kan di atas white marble tu. Sangat cantik ok!! Dan lupa nak kasitau, Taj Mahal ni, sangat besar..BESAR!!!! Dan of course cantik sangat!!

Dekorasi luaran Taj Mahal pun sangat cantik, ukiran dan kaligrafi , diukir dengan tangan. Manakala tulisan kaligrafi yang terdapat diseluruh Taj Mahal itu, didakwa oleh ahli bijak pandai, adalah dari surah al-Quran, antaranya Surah Yassin, Surah Alam Nashrah, Surah Bayyina dan beberapa surah lain lagi. (Source Wikipedia). Dalam Taj Mahal juga, ada masjid. Untuk ketahui lebih lanjut pasal Taj Mahal, sila-silalah menonton National Geography atau google mana-mana sumber yang berkaitan, anda pasti kagum dengan ceritanya.

Kabus dah hilang, Taj Mahal makin jelas..

Lama juga kami menghabiskan masa di Taj Mahal, kerana compleksnya sangat besar, dan banyak benda nak tengok. Taj Mahal ni sebenarnya simetri, tengok dari arah mana pun, akan nampak sama je. So kalau kita yang tak biasa ni, mungkin langsung tak tau mana depan, mana tepi, mana belakang, melainkan dah masuk situ sendiri baru tau! Makam Mumtaz Mahal sebenarnya berada jauh dibawah tanah, yang display kat dalam hall tu, kiranya macam replika la. Makam Shah Jehan juga terletak di sini, next to his beloved wife la.. emmm..

Oh ya, tiket masuk ke Taj Mahal adalah 750 rupees. Dan kaunter tiket terletak hampir 2 kilometre dari pintu masuk Taj ok!! Sila berjalan kaki atau menaiki tuk-tuk ataupun tunggu free shuttle. Apa-apa kenderaan yang menggunakan bahan api (petrol/diesel dan yang seangkatan dengannya), tidak dibenarkan berada dekat dengan kompleks Taj Mahal, kerana takut akan merosakkan warna marble dan benda-benda yang berkaitan. Security kat sini pun agak strict juga, habis satu badan kena scan, beg pun kena check, tripod, rokok, mancis/lighter dan yang seangkatan dengannya pun tidak dibenarkan. Mainan Aqilah yang giraffe tu pun tak lepas!! So kitorg tumpang tinggal giraffe tu kat kedai souviner diluar.

Ghost Town - Fatehpur Sikri (City of Victory)
Satu lagi UNESCO site yang wajib dilawati jika ke Agra. Terletak 40km dari Agra. Nak pegi sini, kena sewa taxi, kalau naik tuk-tuk, confirm lenguh badan!! Perjalanan kami ke Fatehpur Sikri mengambil masa hampir satu jam. Dan sepanjang perjalanan kami 'dihiburkan' dengan pemandangan yang pelbagai rupa, sampah sarap ditepi jalan, bazaar-bazaar kecil yang sangat menarik, very colorful (tapi tak sempat nak stop!), lembu/kambing melintas jalan dan melepak di tepi jalan raya (sampai kitorg terpikir, tuan nya tak cari ke lembu/kambing diorg nih, main lepas je, kalau kat Malaysia, confirm dah kena curik nih!!), dan ratusan lori, bas, kereta di simpang empat sedang honking each other, sebab nak lintas jalan..bleh?

Lori beratur tunggu turn nak melintas jalan..

Kami ternganga melihatkan situasi itu, sebab imagine takde traffic light, lepas tu driver lori, bas, akan keluar dari kenderaan, dan bertindak sebagai polis traffic!! BUKAN SEORANG!! Tapi berpuluh orang akan duduk kat tengah jalan tu, sambil kasi arahan dalam keadaan terjerit-jerit!! Memang jem teruk, sampai tak bergerak, sorang suruh yang ni jalan dulu, yang sorang ni, suruh belah sana jalan dulu. Berapa lane? Huh takde lane langsung ok, mungkin dari 1 lane, dah jadi 4 lane, dan kereta kitorg nyaris-nyaris nak terjun parit sebab dah habis senget dah huhuhuh..

Ok berbalik ke cerita Fatehpur Sikri ni. Tempat ni sebenarnya macam ghost town tau, sebab population di kawasan ni kecil je jumlahnya. Dibina oleh Maharaja Akbar (Akbar the Great) dari empayar Mughal pada awal 1570, untuk celebrate kemenangan beliau dalam peperangan menentang musuh-musuhnya.Mengikut kata fakta sejarah, Fatehpuh Sikri, akhirnya telah ditinggalkan, selepas kemangkatan Akbar, dek kerana selalu mengalami masalah kekurangan air.

Buland Darwaza adalah pintu masuk utama kompleks Fatehpur Sikri ni. Sangat tinggi ok, 54 meter!! Mengah jugak la rasanya masa tengah panjat tu. Aku dan Cawan terpinga-pinga dari jauh tengok ketinggian pintu masuk tempat ni, dah la cantik pulak tu design nye..aduihaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...ditambah lagi dengan cahaya matahari yang sangat cun melecun sesuai untuk sessi photography.....yipiee..


Dalam Fatehpur Sikri ni, terdapat Jama Masjid, merupakan bangunan pertama yang berada dalam kompleks ni. Makam Salim Chisti, iaitu merupakan seorang ahli sufi yang sangat disanjung tinggi oleh Akbar, Diwan I Am, macam dewan orang ramai, dan beberapa jenis lagi bangunan yang aku sendiri pun tak tau nama apa heheheh ..

Kami pulang semula ke Agra selepas sejam lebih berada di sini..On the way balik, kami singgah makan Pizza lagi huhuhu, dan kali ni, Chawanna siap tapau lagi, untuk bekalan malam itu, dan esok harinya..Ohh esok kena bangun awal pagi lagi, untuk menaiki tren ke Jaipur pula. Jaipur the Pink City..wehuuu...

Cerita Taj Mahal versi geng yang lain --> Taj Mahal - Version Biqque, Taj Mahal - Version Sekupang.net

15 comments:

Ely Hasrul said...

wahh itu minachi sgt cantekkk haha

3plepl8 said...

siap beratur ramai2 kt taj tu kelakar la..haha

Biqque said...

aaaaaaaaaaa cantiknyer gambarrrrrrrrr! ya Allah tah bila la i nak mula bercerita niiii!

na, dah 2-3 hari dok tgk cite hindi, BEST PLAK RASANYA nak pegi lagiiiii! i nak borong sari, bawak blk jual kat siniiiiiiiiii! jommmmmmmmm!

Unknown said...

Itu minachi memang suka over-over..siap beli baju dari KL tu nak pakai kat TAJ!!!

Hehehe..beraturrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..

Kitorg pun duk layan citer Hindi gak sejak balik dari India nih..gile betul. Belum kira Cawan ajak cari dvd SRK lagi..aiseh... Nak pegi India lagi, kali ni nak bawak beg kosong yg BESAR PUNYAAAAAAAAAAAAAAAAA..JOMMMMMMMM

TheBubblyMe said...

Canteknye Taj Mahal! sy nk pg jugak!!!

Cawan said...

Taj Mahal mmng binaan yg hebat, kagum ternganga2 cawan tgk and dpt sentuh.. rase tak puas nk peluk2, nak jilat2 batu marmar dia ni (nasib laa kat India) eee... yg jalan ke Fatehpur tu menarik kat 1way local market, mcm2 jual.. pastu bertembung jem sbb simpang 4, ye mmng hampir ke gaung teksi yg kitaorg naik..

Cawan said...

Baru pas tunjuk hingga day 3 kat HP nye staf (made in India) diaorg bleh kate ni gambar copy dr web mane? ha haaa..

Ako Retna said...

adusssss cantek nyaa!!!
terlopong tgk gambar Taj Mahal tu...

bila nak pegi ni??

Unknown said...

Cawan: Hahaha..hampeh punye kawan, ada ke kate gambar copy!! cissssss...kang kasi original copy kang, baru tau!!!

Ako: Ha apa lagi..pegi cari tiket murah ke Delhi..memang cun Taj tu..berbaloi sangat kalau nk pegi situ..

Lily Riani said...

wei... gambo u all lawa giler, upload dlm fb please, nak belek satu satu

Unknown said...

Lily: Okeh, memang nk upload pun, tapi internet kat rumah macam kura-kura. Tgh tunggu Unify masuk minggu nih..huhuhu..

Anonymous said...

nice blog..informative..i've been to india last year..India mmg best..sblum pegi mmg mcm2 org tnya..x takut ka pegi india, kotor la..tp bila dh sampai ilang semua tu..india is one of the best place to visit..

Unknown said...

Anonymous: Hi tq sebab sudi jenguk blog ni. Memang India MUST VISIT destination utk para2 travelholic hehehe, sebab memang best!

ju said...

Hmm..kene kuatkan semangat ni....
Setel HK p India plak....
Hari2 dok baca kisah na g india ni....
walhal patut da study pasal HK....kekekekeke

Puteri said...

hye . cemburu nye tengok blog ni ... teringin sgt nk gi taj mahal . agak2 bape la budget utk smpai sini ni ek ?