Tuesday, June 29, 2010

Pics @ 8 months ++

Gambar ni diambil masa kat KLCC, shopping barang baby sikit time tu, so Cawan amik la gambar, sebab selalu amik gambar masa kat rumah je. Tapi tak boleh la nak upload kat sini, sebab gambar2 kat rumah *seksi* sikit, tak sesuai untuk tontonan umum..heheheh

Masa ni control gila, konon-konon tengah duduk nak rileks la, padahal baru je sampai, tapi sebab nak ambik gambar, belakon2 la sikit, so tak de la obvious sangat kan :))

Masa ni dah 8 bulan ++ pregnant.. Ada banyak lagi gambar, tapi mostly banyak candid je, sebab tak kuasa aku nak posing2 kat KLCC tu, segan orang tengok, macam indon tersesat jek hahahaha

Besar gila kan? 68 kg dah time ni!!! Tu pun sebab hampir 3 bulan berat badan tak naik-naik sejak dari 5 bulan..kalau tiap-tiap bulan naik, alamatnya mau sampai 70++ kg...

Monday, June 7, 2010

Saya Tertewas..

Hari ini dalam sejarah, saya telah memecahkan record sendiri dengan membeli minuman dari STARBUCKS!!! Sejak dari kemunculan STARBUCKS ni, tak pernah sekali pun teringin walaupun sekelumit nak rasa kopi diorg nih, tapi entah mengapa hari ni, saya tertewas.

Sebenarnya, dari minggu lepas dah mengigau-ngigau nak minum Starbucks ni, tapi Cawan berjaya memujuk saya supaya jangan beli. Dia siap belanja minum mocha kat Secret Recipe, semata-mata nak hilangkan craving yang satu ni!!!! Tapi mana nak sama kan?? Oh bersalahnya saya. Saya bukan la peminat kopi mahal-mahal ni. Kat rumah sendiri pun jarang minum kopi, apatah lagi nak beli kat tempat-tempat macam tu...Uwaaaaaaaaaaaaa..

Cawan tak abis-abis mengingatkan STARBUCKS=ISRAEL. Yes..saya tau!! Tapi saya tak boleh buat apa pun, dah teringin sangat..so terpaksa beli gak!! Saya berjanji lepas ni takmau beli dah!!! But as long kopi yang saya sedang minum ni Halal, saya boleh la pejam kan mata lagi, daripada saya minum or makan benda-benda tak halal kan?? Heheheh (sekadar penyedap hati)


P/s: Sedang menikmati Starbucks, tapi tak leh tahan tgk gambar logo dia tuh!!! Tuih!! Tuih!! Tuih!!!