Sunday, February 7, 2010

Tomei Jr Di Usia 4 Bulan ++

Semalam buat medical check up kat Pusat Rawatan Naluri. Kali ni doc suh amik air kencing dan amik darah. Sebelum ni doctor cuma cek tekanan darah je dan scan perut je, tapi kali ni cam lebih sikit, maybe nak monitor kandungan gula dalam darah dan yang seangkatan dengannya.

Doctor ada tanya, ada rasa ke baby gerak-gerak kat dalam tu. Aku cakap la tak, sebab memang takde rasa apa pun. Macam cuak la juga kan, sebab doc tanya macam tu, pastu kawan kat office pun tanya benda yang sama, tapi hairan bin ajaibnya, memang aku tak rasa. Tapi doc kata maybe awal lagi kot..hehehe..

Lepas sembang-sembang dengan doctor tu, buat ultrasound scan, time ni cam suspend je rasa. Sebenarnya tiap-tiap kali scan aku memang nervous sikit, sebab cam risau je apa jadi kat dalam tu kan huhuhu.. Dah la dahi doc ni cam berkerut-kerut je, aku plak cam pandang je monitor tu, cuba mencari Tomei Jr nih..alamak mana plak dia ni, adeh... Tak lama pastu, baru nampak. Hahhhh..lega..ada pun dia!! Kali ni dah nampak dah tulang belakang dia..tapi kali ni Tomei jr cam aktif semacam je, siap tendang-tendang, tangan pun duk libas-libas, tak tau la dia buat apa dalam tu..hehehe comei, cam nak gigit je. Otak dia pun dah nampak!! Tapi semua cam kecik bebenor..alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :D

Ni la gambar terbaru Tomei Jr, tapi kali ni dia membelakangkan 'camera'. Sibuk bermain kot dalam tu hahahaha..so dapat gambar belakang je la..... Masa ni Tomei Jr dah berusia 17 minggu (bersamaan 4 bulan ++ ).

Aku pulak sejak akhir-akhir ni, macam kuat sangat buang air kecil, dalam sejam 2 kali gak la pegi toilet. Letih gak kalau berjalan-jalan nih, pastu kalau jalan, cam dah boleh ada rasa something kat bawah perut tu. Emm baru la dapat rasa sikit, kalau tak suka ati aku je nak jalan laju-laju walaupun tau preggy hik hik hik..sekarang cam kena control sikit la, tak leh la gopoh gapah cam dulu..

P/s: Baby, duk baik-baik dalam tu, mummy dan daddy tak sabar nak bertentang mata ngn baby..uweeeeeeeeee

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

4 comments:

Lily Riani said...

u take care.... chillexing sket.... sure traveltodd si tomei ni

Biqque said...

amin...take care ok...

Unknown said...

Timer kasih semua..

saad said...

memang syiok ada baby..