Thursday, January 14, 2010

Tomei Jr. Di Sini


Ini Tomei Jr. ketika minggu ke 14 atau bersamaan 3.5 bulan. Dah ada bentuk macam baby heheheh. Oh ya, jangan terkejut, Tomei Jr. bukan nama sebenar dia, hanya panggilan manja saja hehehehe..

Lihat perut Tomei Jr tu, macam buncit kan? Hahaha, nafsu selera dia sangat menakjubkan (dia ke, aku?) Selalu request macam-macam benda, saya hanya menurut perintah Tomei Jr *wink *wink.

Disebabkan Tomei Jr jugak, kitorg telah mencapai persetujuan untuk tidak pergi trip ke Hanoi. Bukannya apa, sebab takut saya cepat keletihan, walaupun sekarang ni dah boleh berlari satu blok rumah, tapi nanti pastu mesti penat tak ingat punya. Satu lagi masalah, adalah makanan, Tomei Jr ni kalau dia nak makan sesuatu tu, tak jadi tidak, mesti nak jugak, macam susah la kan nak cari makanan-makanan tu nanti kat Hanoi. Ish ish kesian..

Takpa la mungkin lain kali, diharap Tomei Jr, jugak akan ikut jejak langkah kitorg jadi travelholic yang berjaya suatu hari nanti :)